Saudi catat 209 kes baharu

RIYADH 7 Dis. – Sebanyak 209 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Arab Saudi dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 358,922. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 12 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,977 kematian. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 289 pesakit pulih dan ini membawa peningkatan kepada 349,168 kes pulih atau 97.28 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula 3,777 di mana 577 kritikal. Sementara itu Riyadh dan Madinah masing-masing merekodkan 44 kes manakala  Makkah 37 kes dan wilayah Timur 26 kes.

Read More

Indonesia dahului tetangga lain

INDONESIA mengumumkan sebanyak 5,754 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 581,550.kes. Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula meningkat kepada 17,867 kes apabila 127 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Turut menunjukkan peningkatan adalah kes sembuh yang kini meningkat kepada 479,202 kes selepas 4,431 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Sementara itu, Jakarta merekodkan 1,466 kes yang menjadikan jumlah kumulatif 145,427 sementara Jawa Barat merekodkan 1,171 kes, Jawa Tengah 594, Jawa Timur 545, Sulawesi Selatan 345 dan Kalimantan Tengah 209. THAILAND merekodkan 21 kes baharu Covid-19 termasuk melibatkan sembilan…

Read More

Dua kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 7 Dis. – Terdapat 390 kluster dilaporkan termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 203 termasuk Kluster Kertang dan Kluster Sembulan yang tamat hari ini. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bakti (500 kes), Kluster Batu Tujuh (53 kes) dan Kluster Tembok (49 kes). Dua kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini ialah KLUSTER…

Read More

Selangor KL catat 574 kes

SELANGOR merekodkan 426 kes baharu Covid-19  hari ini (424 tempatan dan 2 luar negara). Daerah Klang mencatatkan kes tertinggi iaitu 235 diikuti Hulu Langat 91, Petaling 40, Gombak 27, Sepang 13, Kuala Langat 12, Kuala Selangor tujuh dan Hulu Selangor satu kes. Kuala Lumpur pula merekodkan 148 kes baharu di mana Lembah Pantai merekodkan 936 kes, diikuti Kepong 580, Cheras 379 dan Titiwangsa 231.

Read More

Tan Kok Wai mohon maaf

KUALA LUMPUR: Selepas membuat kenyataan mendakwa Annuar Musa menjual 42 plot tanah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pengerusi DAP, Tan Kok Wai memohon maaf kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu. Permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan fitnah itu diserahkan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras kepada Annuar pada Isnin. “Saya menerima kunjungan mengejut Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Tan Kok Wai (MP Cheras) di pejabat saya sebentar tadi. “Beliau menyerahkan surat Pengakuan Memohon Maaf dan Menarik Balek Kenyataan Fitnah terhadap saya 18 hb November lepas. Terima kasih. Saya…

Read More

Negeri Sembilan kes tertinggi

NEGERI Sembilan merekodkan 541 kes baharu Covid-19 di mana 521 adalah dari kluster sedia ada, 13 saringan kontak rapat dan tujuh lain-lain saringan Selangor merekodkan 426 kes yang melibatkan 44 kes dari kluster sedia ada, lima Dari kluster baharu (Malawati), 99 saringan kontak rapat, 276 lain-lain saringan dan dua kes import. Sabah pula merekodkan 248 kes di mana 61 adalah dari kluster sedia ada, 124 saringan kontak rapat dan 63 lain-lain saringan. Ini diikuti Kuala Lumpur 148 kes yang meliputi 37 kes dari 37 kluster sedia ada, 33 kluster baharu (Awan…

Read More

1,600 kes baharu, 2 kematian

PUTRAJAYA 7 Dis. – Sebanyak 1,600 kes baharu Covid-19 direkodkan bagi tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik itu di negara ini sebanyak 74,295 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 11,604 kes. Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan dua kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 384 kes. Setakat ini, terdapat sebanyak 129 kes yang sedang menerima rawatan di Unit…

Read More

Indonesia terima 1.2 j vaksin

JAKARTA 7 Dis. – Sebanyak 1.2 juta dos vaksin Covid-19 buatan Sinovac, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta melalui pesawat Garuda Indonesia sekitar pukul 9.30 malam tadi. Khabar baik itu diumumkan Presiden Joko Widodo melalui penstriman secara langsung di laman Youtube Sekretariat Presiden malam tadi. “Hari ini pemerintah sudah menerima 1,2 juta dosis vaksin Covid-19. Vaksin ini buatan Sinovac yang kita uji secara klinis (klinikal) di Bandung, sejak Agustus 2020 yang lalu,” kata Widodo. Katanya, jumlah itu akan terus meningkat apabila 1.8 juta lagi dos dijangka tiba pada…

Read More