Indonesia dahului tetangga lain

INDONESIA mengumumkan sebanyak 5,754 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 581,550.kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula meningkat kepada 17,867 kes apabila 127 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Turut menunjukkan peningkatan adalah kes sembuh yang kini meningkat kepada 479,202 kes selepas 4,431 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Sementara itu, Jakarta merekodkan 1,466 kes yang menjadikan jumlah kumulatif 145,427 sementara Jawa Barat merekodkan 1,171 kes, Jawa Tengah 594, Jawa Timur 545, Sulawesi Selatan 345 dan Kalimantan Tengah 209.

THAILAND merekodkan 21 kes baharu Covid-19 termasuk melibatkan sembilan warganegaranya yang masuk semula ke negara mereka dari Myanmar.

Dengan perkembangan ini, jumlah kes positif meningkat kepada 4,107 kes dan tiada kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kematian kekal 60.

Kes baharu melibatkan 15 warga Thai termasuk sembilan yang bekerja di hotel di Tachileik , Myanmar dan enam warga asing.

Enam lagi warga Thailand yang positif tiba dari United Kingdom (empat orang) dan dua dari Singapura sementara yang  lain adalah warganegara asing yang tiba dari Amerika Syarikat, Estonia, India, Jerman dan Emiriyah Arab Bersatu.

FILIPINA sehingga pukul 4 petang, 7 Disember 2020, merekodkan 1,574 kes tambahan Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 441,399.

Kes pesakit yang meninggal dunia pula adalah 18 orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 8,572 orang sementara kes aktif pula 24,125.

Pada masa yang sama, 80 orang lagi pesakit sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 408,702 atau 92.6 peratus daripada jumlah kes.

SINGAPURA pula merekodkan 13 kes baharu Covid-19 yang kesemuanya kes import dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah atau diasingkan sebaik sahaja tiba di Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan tiada kes jangkitan dalam masyarakat. .

Related posts

Leave a Comment