Dua kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 7 Dis. – Terdapat 390 kluster dilaporkan termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 203 termasuk Kluster Kertang dan Kluster Sembulan yang tamat hari ini.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bakti (500 kes), Kluster Batu Tujuh (53 kes) dan Kluster Tembok (49 kes).

Dua kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini ialah

  • KLUSTER MALAWATI

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-65188) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 30 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Disember 2020, sejumlah 143 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA AWAN LEMBAH

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Klang di Selangor. Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-69722 dan kes ke 71992) telah dilaporkan positif Covid-19 sejak 4 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala dan saringan kendiri. Kedua-dua kes indeks adalah pekerja di sebuah tapak pembinaan di daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 7 Disember 2020, sejumlah 441 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment