Trump buka laluan peralihan

WASHINGTON 24 Nov. – Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) Amerika Syarikat (AS) dikatakan sudah bersedia untuk memulakan proses peralihan kuasa presiden Amerika Syarikat secara rasmi.

Pentadbir GSA Emily Murphy memaklumkan perkara itu kepada bakal presiden Joe Biden menerusi sepucuk surat.

Kandungan surat itu antara lain berbunyi walaupun “perkembangan terkini melibatkan cabaran undang-undang dan pengesahaan keputusan pilihan raya saya membuat keputusan secara bebas, berdasarkan undang-undang dan fakta yang ada.”

Presiden Donald Trump menerusi Facebooknya pada hari sama mengesyorkan GSA “melakukan apa yang perlu berkaitan dengan protokol awal” dan telah mengarahkan pasukannya untuk mempermudah proses peralihan pentadbiran kepada Biden, walaupun masih enggan mengaku kalah. 

“Kes kami kuat, kami akan terus berjuang dan saya yakin akan menang!” kata Trump.

Bagaimanapun, katanya  “demi kepentingan negara kita”, beliau memberi laluan untuk membolehkan proses peralihan

Related posts

Leave a Comment