224 kes harian di Arab Saudi

RIYADH : Arab Saudi terus mencatatkan kes jangkitan Covid -19 di bawah angka 300 apabila merekodkan 224 kes pada Ahad, 22 November.

Pada Sabtu, angka terendah dilaporkan dalam tempoh hampir lapan bulan lalu iaitu 221 kes dan sebelumnya, Jumaat merekodkan 286 kes dan 290 pada Rabu..

Setakat ini jumlah kumulatif adalah 355,258 kes dengan 6,107 kes aktif di mana 785 kes adalah kritikal.

Jumlah kematian pula adalah 19, meningkat sedikit berbanding 16 kes pada Sabtu, 22 November menjadikan jumlah kumulatif 5,780.

Sebanyak 489 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah pesakit sembuh secara keseluruhan adalah 343,371 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 51 diikuti Yanbu 21, Makkah 19 dan Madinah 17,

Related posts

Leave a Comment