India lepasi 9 juta kes

INDIA merekodkan sembilan juta kes ketika jumlah jangkitan global Covid-19 mencecah 56.89 juta setakat pukul 2 petang ini (waktu tempatan), demikian menurut data Johns Hopkins University. Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 11,715,316 kes jangkitan dan tertinggi merekodkan kes kematian iaitu 252,535 daripada 1,360,381 kematian global.

Brazil pula merekodkan 5,981,767 kes di tempat ketiga tetapi di kedudukan kedua kematian dengan 168,061 orang dan India di kedudukan ketiga tertinggi dengan 132,162 kematian.

Perancis pula merekodkan 2,137,096 kes diikuti Rusia 1,998,966, Sepanyol 1,541,574, United Kingdom 1,456,940, Argentina 1,349,434, Itali 1,308,528, Colombia 1,225,490 dan Mexico 1,019,543.

Peru merekodkan 939,931 kes, Jerman 891,525, Iran 815,117, Poland 796,798, Afrika Selatan 759,658, Ukraine 600,152, Belgium 550,264, Chile 536,012 dan Iraq 529,226.

Enam negara merekodkan lebih 400,000 kes didahului Indonesia dengan 483,518, Czechia 481,755, Netherlands 474,641, Bangladesh 441,159, Turki 430,170 dan Filipina 413,430.

Enam lagi negara mencatatkan lebih 300,000 kes didahului Romania 393,851, Pakistan 368,665, Arab Saudi 354,527, Israel 327,049, Kanada 319,175 dan Morocco 311,554.

Sementara itu Switzerland merekodkan 285,655 kes, Portugal 243,009, Austria 228,683, Nepal 215,020 dan Sweden 201,055.

Dua puluh dua negara merekodkan lebih 100,000 kes termasuk Ecuador, Jordan, Hungary, Emiriyah Arab Bersatu, Panama, Kuwait, Qatar, Jepun, Kuwait, Kazakhstan, Oman, Mesir, Lebanon, Serbia, Ethiopia dan Honduras.

Sementara itu Mexico merekodkan 100,104 kematian diikuti United Kingdom 53,870, Itali 47,870, Perancis 47,201, Iran 43,417, Sepanyol 42,291, Argentina 36,532, Peru  35,317, Colombia 34,761, Rusia 34,525, Afrika Selatan 20,671, Indonesia 15,600, Belgium 15,196 dan Chile 14,955.

Jerman 13,662, Ecuador 13,073, Poland 12,088, Turki 11,943, Iraq 11,834, Kanada 11,314 dan  Ukraine 10,694.

Related posts

Leave a Comment