Isi minyak tak perlu daftar

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Selepas tular keperluan orang ramai mendaftar diri ketika mengisi minyak di stesen minyak, kerajaan tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung perkara itu.

Tiada keperluan untuk mendaftarkan diri di aplikasi MY Sejahtera atau secara manual sekiranya mengisi minyak menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian atau menerusi kad kredit/ debit.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat secara terperinci berhubung prosedur operasi standard (SOP) di stesen minyak.

Beliau menjelaskan, pembayaran atau segala proses pembelian menerusi tingkap di stesen pam minyak juga tidak memerlukan pendaftaran MY Sejahtera berikutan tiada sentuhan fizikal.

Bagaimanapun, pendaftaran MY Sejahtera adalah wajib bagi mereka yang memasuki premis stesen pam minyak bagi sebarang urus niaga.

Bagi mereka yang memasuki ke dalam premis perlu daftar MY Sejahtera atau secara manual, kerana ada bersemuka dengan orang ramai.

Sekiranya berlaku sebarang kes, proses untuk kesan kontak rapat boleh dilakukan.

Tindakan sama perlu dilakukan melibatkan kawasan fasiliti yang sesak termasuk surau dan juga tandas awam.

Sementara itu, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mesra, Sandakan, Sabah selama 14 hari bermula esok sehingga 24 Nov.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Taman Mesra, Sandakan dari 28 Okt lepas hingga hari ini.

KKM telah melaksanakan sebanyak 1,124 saringan dan 134 kes kumulatif positif Covid-19 direkodkan di kawasan tersebut“Daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes telah sembuh sepenuhnya dan masih terdapat 91 kes aktif Covid-19 di kawasan itu.

Related posts

Leave a Comment