50.31j kes, 1.25j kematian

JUMLAH kes positif global Covid-19 setakat 8.30 pagi ini 9 November 2020 mencecah lebih 50 juta iaitu 50,313,694 dengan kematian pula meningkat kepada 1.2 juta sementara kes pesakit sembuh merekodkan 32,922,911

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului kes jangkitan dengan menghampiri 10 juta kes iaitu 9,954,952 kes dan kematian pula tertinggi dengan 237,561 kes daripada kematian global 1,255,045.

India berada di kedudukan kedua dengan merekodkan 8,507,754 kes dengan 126,121 kematian (ketiga), manakala Brazil 5,653,561 kes dengan 162,269 kematian, kedudukan kedua.

Enam negara merekodkan lebih satu juta kes iaitu Perancis 1,835,187, Rusia 1,760,420, Sepanyol 1,328,832, Argentina 1,242,182, United Kingdom 1,195,350 dan Colombia 1,143,887.

Mexico, Itali dan Peru sedang menuju satunjuta kes iaitu masing-masing 961,938 kes, 935,104 dan 920,010.

Melebihi 500,000 kes adalah Afrika Selatan 737,278, Iran 682,486, Jerman 672,668, Poland 546,425, Chile 521,558.

Iraq merekodkan 498,549 kes, Belgium 494,168, Ukraine 474,245, Indonesia 437,716, Bangladesh 420,238, Netherlands 416,806, Czechia 413,365.

Enam negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Filipina 396,395, Turki 394,255, Arab Saudi 350,592, Pakistan 343,189, Israel 319,241 dan Romania 303,751.

Kanada merekodkan 265,861, Morocco 256,781 dan Switzerland 211,913.

Sementara itu 22 negara merekodkan lebih 100,000 kes termasuk Nepal, Portugal, Ecuador, Austria, Sweden, Bolivia, Emiriyah Arab Bersatu, Panama, Qatar, Kuwait, Mesir, Jepun, Belarus dan Honduras.

Bagi kes kematian, Mexico merekodkan 94,808 kes,  United Kingdom 49,134, Itali  41,394, Perancis 40,490, Sepanyol 38,833, Iran 38,291, Peru 34,821, Argentina 33,560, Colombia 32,791, Rusia 30,292.

Afrika Selatan merekodkan 19,809, Indonesia 14,614, Chile 14,543, Belgium 12,907, Ecuador 12,830, Jerman 11,328, Iraq 11,327, Turki 10,887 dan Kanada 10,565.

Kes sembuh pula menyaksikan India merekodkan 7,868,968, Brazil 5,138,641, AS 3,851,465, Rusia 1,315,928, Argentina 1,062,911, Colombia 1,038,082, Peru 843,600, Mexico 816,659, Afrika Selatan 679,688 dan Iran 520,329.

Chile mencatatkan 497,411 kes sembuh, Iraq 428,928, Jerman 416,390, Indonesia 368,298, Filipina 361,638, Turki 338,239, Bangladesh 338,145, Arab Saudi 337,386, Itali 335,074, Pakistan 318,417 dan Israel 308,563.

(NOTA GRAFIK DARI WHO)

Related posts

Leave a Comment