Kamala Harris catat sejarah

WANITA kulit hitam, Kamala Harris melakar sejarah baharu Amerika Syarikat apabila kemenangan Parti Demokrat menjadikannya wanita pertama dilantik sebagai Naib Presiden.

Selain wanita kukit hitam pertama sebagai naib presiden, Harris yang mempunyai darah Asia Selatan, India dan Jamaica, juga akan menjadi wanita pertama yang mempunyai darah campuran menjadi Naib Presiden.

Jawatan Harris di White House itu terjamin selepas Joe Biden diunjurkan memperolehi 273 jumlah undian elektoral pada Sabtu.

Biden mengalahkan Donald Trump daripada parti Republikan yang hanya meraih 214 undi elektoral.

Harris juga bekas Senator California dalam satu ciapan di akaun Twitter rasminya, berkata bahawa pilihan raya ini cukup bermakna baginya dan juga Presiden, Joe Biden.

“Ini melibatkan jiwa Amerika dan keinginan kami untuk memperjuangkannya. Kami mempunyai banyak tugas yang menanti di masa hadapan. Mari kita lakukannya,” jelasnya.

Melalui Facebooknya pula, Harris berkata Biden dan beliau sedia bekerja untuk rakyat Amerika Syarikat.

Related posts

Leave a Comment