Biden Presiden AS ke-46

CALON Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 273 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan meraih 214 undi elektoral.

Bagaimanapun ada laporan mengatakan Biden memperoleh 284 elektoral.

Kerusi terakhir yang dimenangi Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.

Sebelum itu, menjelang 12 tengah hari,  Trump yang enggan mengaju kakah  melaluI Facebooknya berkata beliau menang besar pilihan raya itu.

Keputusan setakat 12 tengah hari waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia) menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.

Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation’ juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.

(1.15 am 8 Nov)

Related posts

Leave a Comment