RM1 bilion Dana Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menerima peruntukan berjumlah RM31.94 bilion di mana RM27.22 bilion atau 85.2% diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus  perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan KKM.

Peruntukan ini tidak termasuk RM1 bilion untuk Dana #COVID19 bagi membendung gelombang ketiga yang sedang melanda negara kita.  Sebahagian besar dana ini diperuntukan untuk pembelian kit ujian saringan dan PPE untuk petugas barisan hadapan.

Antara peruntukan bagi penambahbaikan kesihatan awam kepada rakyat termasuklah RM90 juta bagi program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak dan RM24 juta untuk pengukuhan program kesihatan mental.

Related posts

Leave a Comment