Saudi rekod 381 kes baharu

RIYADH 2 Nov. – Arab Saudi merekodkan 381 kes baharu koronavirus Covid-19, meningkat tujuh kes berbanding 374 yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 348,037 dengan kes aktif 7,928 di mana 755 kritikal. Sebanyak 17 kematian baharu juga dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia setakat ini 5,437 orang. Kementerian juga merekodkan 436 lagi pesakit sembuh dan ini membawa kepada 334,672 orang atau 96.16 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu Madinah merekodkan kes tertinggi dengan 72 kes…

Read More

Indonesia cecah 415,402 kes

JAKARTA 2 Nov. – Sebanyak 2,618 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Indonesia hari ini yang membawa jumlah kumulatif mencecah 415,402 dengan kes aktif 55,792. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan, Jakarta merekodkan 1,024 kes dengan kumulatif 107,229, Jawa Barat 341 (36,924), Jawa Timur 285 (53,002) dan Jawa Tengah 248 (34,618). Kes pesakit meninggal dunia pula meningkat kepada 14,044 apabila 101 lagi pesakit meninggal dunia. Jawa Timur merekodkan kematian yang tinggi dengan 23 kes dan kumulatifnya 3,799 kes, Jakarta 18 kes (2.288), Jawa Barat 11 (732), Jawa Tengah 10 dengan kumulatif 1.766 kasus. …

Read More

Lima kluster baharu

PUTRAJAYA 2 Nov. – Lima kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini, iaitu di Sabah, Labuan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Putrajaya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kluster PTS Tawau melibatkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Daerah Tawau  dengan  104 kes dikesan positif, Kluster Tenaga melibatkan subzon Batu Arang di Labuan dengan 57 kes positif. Kluster Gedong, melibatkan Daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan dan hasil saringan kontak rapat turut mengesan kes di Daerah Petaling di Selangor,  Daerah Johor Bahru di Johor, serta Putrajaya dengan kini, 12 kes dikesan positif. Bagi Kluster Wisma…

Read More

834 kes baharu, 2 kematian

  PUTRAJAYA 2 Nov. – Sebanyak 834 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 33,339, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu terdapat tiga kes import yang menerima jangkitan dari luar negara yang melibatkan seorang warganegara manakala dua lagi bukan warganegara. Kes aktif dengan kobolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 9,968 kes. Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat pertambahan dua kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 251 kes di Malaysia. Dalam masa sama, beliau berkata, sebanyak 91 kes sedang dirawat…

Read More

PKPD ILKKM JB

KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru bermula 3 November sehingga 16 November 2020. •PKPD ini melibatkan seramai 1,559 terdiri daripada pelatih ILKKM, staf serta ahli keluarga dan pekerja sokongan. •Antara SOP yang ditetapkan: •Pergerakan keluar masuk ke ILKKM adalah tidak dibenarkan. •Bekalan makanan kepada Pelatih ILKKM akan dibekalkan oleh Kerajaan Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. •KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua warga ILKKM dan meneruskan pengesanan kontak rapat. 7. PKPD Kg. Saguking Laut & Kg. Sebor Laut •Kerjaan bersetuju untuk…

Read More

Sidang Parlimen tangguh awal

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang bermula pagi ini ditangguhkan pada pukul 1 petang ini dan disambung semula pada pukul 10 pagi esok sebagai langkah mengekang pandemik Covid-19. Penangguhan itu dibuat selepas Dewan Rakyat meluluskan usul berkenaan yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan pada pukul 12 tengah hari di Dewan Rakyat. Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas) itu, keputusan tersebut dibuat selepas satu mesyuarat tergempar diadakan bersama 11 Ahli Parlimen dan wakil Ketua Pengarah Kesihatan bagi usaha…

Read More