SABAH melaporkan 503 kes daripada 834 kes baharu hari ini.
84 kes dilaporkan dalam kluster-kluster aktif termasuk 42 daripada kluster PTS Tawau (baharu).
292 pula adalah daripada saringan kontak rapat manakala 127 daripada lain-lain saringan COVID-19.
Ranau kini telah berubah ke zon kuning setelah daerah tersebut hanya melaporkan 39 kes pada hari ini.