834 kes baharu, 2 kematian

 

PUTRAJAYA 2 Nov. – Sebanyak 834 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 33,339, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu terdapat tiga kes import yang menerima jangkitan dari luar negara yang melibatkan seorang warganegara manakala dua lagi bukan warganegara.

Kes aktif dengan kobolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 9,968 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat pertambahan dua kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 251 kes di Malaysia.

Dalam masa sama, beliau berkata, sebanyak 91 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu sebanyak 32 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, Malaysia mencatatkan sebanyak 900 kes yang telah sembuh dan angka ini melebihi jumlah kes aktif positif Covid-19.

Jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 23,120 kes.

Related posts

Leave a Comment