Indonesia tambah 2,897 kes

INDONESIA terus merekodkan pertambahan kes jangkitan Covid-19 apabila 2,897 kes baharu dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat, 30 Oktober.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes sejak wabak itu dikesan pada 2 Mac lalu, meningkat kepada 406,945.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 81 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah kematian di negara itu sebanyak 13,782 orang.

Bagaimanapun kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dan hari ini  4,517 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 334,295 kes.

FILIPINA melaporkan 2,006 kes tambahan Covid-19 setakat pukul 4 petang hari ini, 30 Oktober yang membawa jumlah kumulatif meningkat kepada 378,933 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), bagi tempoh yang sama, sebanyak 38 kematian dilaporkan dan menjadikan kumulatif kematian 7,185.

Kes sembuh pula merekodkan 636 tambahan pesakit yang pulih yang menjadikan jumlah pesakit sembuh 330,457 atau 87.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu kes aktif pula adalah 10.9 peratus atau 41,291 kes

THAILAND merekodkan 12 kes baharu Covid-19, melibatkan mereka yang dikuarantin selepas tiba dari Ethiopia, India, Jordan, Myanmar, Filipina, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes adalah 3,775.

Empat kes dari UAE melibatkan dua lelaki dan wanita Thai yang tiba pada 23 dan 24 Oktober, tiga dari India melibatkan warga Thai dan lelaki India yang tiba 23 Oktober dan surirumah warga India yang juga tiba pada hari sama.

Kes Ethiopia melibatkan rakyat negara itu, dari Jordan pula pelajar warga Thai, seorang wanita Myanmar dan jurutera Brazil dari Filipina. Satu kes dari AS melibatkan wanita tempatan yang tiba melalui Taiwan.

Daripada 3,775 kes, sebanyak 94.97 peratus atau 3,585 kes sembuh termasuk 15 yang pulih hari ini manakala 131 pesakit masih dirawat. Jumlah kematian kekal 59.

Related posts

Leave a Comment