INDONESIA terus merekodkan pertambahan kes jangkitan Covid-19 apabila 2,897 kes baharu dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat, 30 Oktober. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes sejak wabak itu dikesan pada 2 Mac lalu, meningkat kepada 406,945. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 81 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah kematian di negara itu sebanyak 13,782 orang. Bagaimanapun kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dan hari ini 4,517 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 334,295 kes. FILIPINA melaporkan 2,006 kes tambahan Covid-19 setakat…
Read MoreDay: October 30, 2020
398 kes baharu di Arab Saudi
KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan hari ini, 30 Oktober dengan jumlah kes baharu yang direkodkan sebanyak 398 berbanding 435 kes yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah kumulatif kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini meningkat kepada 346,880 kes sementara kes aktif pula 8,088 dan daripada jumlah itu 766 adalah kritikal. Sebanyak 20 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 5,383 kematian. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 433 lagi pesakit pulih dan ini membawa kepada peningkatan kes sembuh daripada Covid-19 kepada…
Read More39 kluster lapor kes baharu
SEBANYAK 39 kluster aktif termasuk lapan kluster baharu melaporkan kes baharu hari ini, 30 Oktober 2020. Daripada kesemua jumlah tersebut, Kluster Rumah Merah di Sabah melaporkan kes tertinggi iaitu 56 kes hari ini. Selain itu, Kluster Merpati (baharu) turut melaporkan kes tertinggi iaitu 45 kes.
Read MoreEmpat negeri tiada kes baharu
SECARA keseluruhan, sebanyak 799 kes baharu dilaporkan hari ini, 30 Oktober 2020 yang kesemuanya adalah kes tempatan. Empat negeri tidak melaporkan kes baharu sementara lapan kluster baharu dilaporkan di Sabah (3), Selangor (2), N.Sembilan (1), Labuan (1) dan Johor (1).
Read MoreSabah catat 466 kes baharu
SABAH merekodkan 466 kes baharu. 56 adalah dari kluster-kluster sedia ada, 70 dari kluster-kluster baharu (Rumah Merah, Telipok dan Sembulan). 193 dikesan dari saringan kontak rapat manakala baki 147 adalah daripada lain-lain saringan.
Read More150 kes baharu di Selangor
SECARA keseluruhan, 150 kes baharu dilaporkan di Selangor. 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada, 76 daripada kluster-kluster baharu (Merpati dan Astaka). 22 daripada kontak rapat kes dan baki 12 adalah lain-lain saringan COVID-19.
Read More799 kes baharu, 3 kematian
PUTRAJAYA : Sebanyak 799 jangkitan baharu kes Covid-19, semuanya penularan tempatan dilaporkan hari ini, 30 Oktober menjadikan jumlah kumulatif dalam negara kini ialah 30,889 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Sebanyak tiga kematian baharu juga dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 249 kes. Pada masa yang sama sebanyak 491 kes telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 20,248 kes yang bersamaan dengan 65.55 peratus. Sabah mencatatkan sebanyak 466 kes (58.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 170 kes (21.3 peratus) daripada jumlah…
Read MorePKPB Padang Che Mas tamat
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah ditamatkan pada 31 Oktober sebagaimana dijadualkan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Dalam sidang medianya, beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan tiada lagi kes positif baharu dicatatkan di kawasan itu. Sehingga 29 Oktober 2020, melalui ujian saringan yang dilaksanakan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes positif Covid-19 baharu yang direkodkan di kampung itu. Ismail Sabri turut memaklumkan, Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tawau telah memulakan operasi untuk memberi bantuan kepada KKM merawat pesakit…
Read MoreBliese perkenal haruman badan
SELEPAS berjaya mencipta fenomena luar biasa ke atas penjualan produk pewangi pelbagai guna, kini Bliese (M) Sdn Bhd mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan rangkaian haruman badan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Suhaimi Saiful berkata, sambutan luar biasa terhadap produk Bliese menjadi inspirasi baginya untuk menghasilkan produk haruman badan berinspirasikan wangian antarabangsa. Katanya, sebelum ini Bliese hanya terkenal dengan produk pewangi kenderaan dan rumah yang mendapat sambutan amat luar biasa.
Read More