398 kes baharu di Arab Saudi

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan hari ini, 30 Oktober dengan jumlah kes baharu yang direkodkan sebanyak 398 berbanding 435 kes yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah kumulatif kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini meningkat kepada 346,880 kes sementara kes aktif pula 8,088 dan daripada jumlah itu 766 adalah kritikal.

Sebanyak 20 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 5,383 kematian.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 433 lagi pesakit pulih dan ini membawa kepada peningkatan kes sembuh daripada Covid-19 kepada 333,409 atau 96.11 peratus keseluruhan kes.

Sementara itu Riyadh merekodkan 53 kes diikuti Madinah 48, Yanbu 38, Jeddah 37, Makkah 32, Khamis Mushayt dan Hail masing-masing merekodkan 11 kes.

Related posts

Leave a Comment