799 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA  : Sebanyak 799 jangkitan baharu kes Covid-19, semuanya penularan tempatan dilaporkan hari ini, 30 Oktober menjadikan jumlah kumulatif dalam negara kini ialah 30,889 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak tiga kematian baharu juga dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 249 kes.

Pada masa yang sama sebanyak 491 kes telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 20,248 kes yang bersamaan dengan 65.55 peratus.

Sabah mencatatkan sebanyak 466 kes (58.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 170 kes (21.3 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

“Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 636 kes (79.6 peratus) daripada jumlah harian kes positif Covid-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terdapat lapan kluster baharu juga telah dikenal pasti iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok, Kluster Sembulan, Kluster Merpati, Kluster Astaka, Kluster Titian, Kluster Gala dan Kluster Kluster Meldrum.

Dari semua kluster ini sebanyak 521 individu masih menunggu keputusan saringan.

Dr Noor Hisham berkata, meskipun terdapat pertambahan kes baharu setiap hari yang dilaporkan, khususnya di Sabah, terdapat banyak kes discaj dalam jumlah yang banyak dilaporkan setiap hari.

Justeru katil yang kosong ini boleh digunakan pula untuk kes-kes baharu. Selain itu, KKM sentiasa menilai situasi semasa dan mempunyai perancangan untuk meningkatkan lagi kapasiti katil sekiranya diperlukan.

Related posts

Leave a Comment