Lonjakan kes di Madinah

ARAB Saudi merekodkan 395 kes baharu Covid-19 pada Sabtu, 24 Oktober yang membawa jumlah keseluruhan kes 344,552.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 kematian dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sebanyak 5,281.

Pada masa yang sama, sebanyak 417 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah kes pulih sebanyak 330,995.

Kes aktif pula 8,276 kes di mana 788 kritikal.

Sementara itu, Madinah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 85 kes berbanding 38 semalam diikuti Yanbu  42, Riyadh 37, Makkah 32, Hafouf 19 dan Jeddah 14.

Related posts

Leave a Comment