4,070 kes baharu di Indonesia

INDONESIA terus merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila 4,070 lagi kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 385,980.

Jakarta mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,062 kes yang menjadikan kumulatif 100,220 kes diikuti Jawa Barat 421, Riau 380, Sumatera Barat 300, Jawa Timur 289 dan Jawa Tengah 284.

Sebanyak 128 pesakit meninggal dunia akibat jangkitan itu yang membawa jumlah kumulatif 13,205 kematian manakala 63,556 kes masih aktif.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 309,219.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 24 Oktober 2020 melaporkan jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 367,819 kes selepas 2,057 lagi kes  baharu disahkan.

Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan sebanyak 19 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumkah keseluruhan 6,934 kematian.

Kes aktif pula adalah sebanyak 47,773 kes.

DoH juga melaporkan sebanyak 442 pesakit sembuh dan Ini membawa jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 313,112.

SINGAPURA merekodkan 14 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari Sabtu, 24 Oktober termasuk dua kes jangkitan dalam masyarakat.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), 11 daripada 14 kes tersebut adalah kes import yang diberi notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Satu kes melibatkan seorang penghuni di asrama.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura meningkat kepada 57,965 kes.

THAILAND merekodkan empat kes baharu Covid-19 termasuk seorang wanita Perancis berusia 57 tahun di Samui Island dan tiga wanita warganegara tempatan yang pulang dari luar negara.

Seorang daripada tiga wanita itu berusia 38 tahun yang pulang dari Austria dan dikuarantin pada 18 Oktober, wanita kedua, 38 pulang dari Hong Kong pada 21 Oktober dan seorang lagi wanita, 28 yang juga pulang dari Hong Kong pada hari yang sama.

Setakat ini Thailand merekodkan 3,731 kes Covid-19 dengan 59 kematian.

Kes sembuh pula 3,529 kes manakala 143 masih menerima rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment