889 kes baharu di Sabah

JABATAN Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 889 kes positif baharu Covid-19 dengan enam kematian. Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 11,285 kes.

Sehingga hari ini, seramai 4,908 pesakit dilaporkan telah sembuh manakala , seramai 6,287 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.

Hari ini 24 Oktober, tidak ada penambahan bilangan zon merah.   

Bagaimanapun terdapat dua kluster baharu di daerah Sandakan iaitu:

Kluster Megah sebanyak 15 kes; dan Kluster Mesra sebanyak 22 kes .

Daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 557 kes. Daripada jumlah ini, 434 kes adalah dari Kluster Penjara Kepayan.

Daerah Kudat mencatatkan 40 kes pada hari ini. Daripada jumlah ini, 33 kes adalah dari Kluster Inai.

Memandangkan kes positif di Sabah masih tinggi, tempoh PKPB diseluruh Sabah dilanjutkan sehingga 9 November 2020.

Sementara itu, PKPD untuk 14 lokaliti masih berkuat kuasa.

Related posts

Leave a Comment