Hishammuddin Bendahari BN

MENTERI Luar, Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu, kata Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan pada Jumaat, 23 Oktober.

Katanya, satu rombakan kecil dalam kepemimpinan BN telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN.

“Dengan ini, saya telah melantik Yang Berhormat, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Bendahari Agung BN yang baharu.

Yang Berhormat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih kekal dan akan terus menjalankan tugas-tugas selaku Bendahari UMNO Malaysia,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengadakan rundingan dengan Presiden-Presiden Parti komponen BN.

Related posts

Leave a Comment