401 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi masih merekodkan kes jangkitan harian di bawah paras 500 apabila catatan hari ini, 22 Oktober menunjukkan jumlah kes baharu sebanyak 401 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 343,774 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 15 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 5,250 kematian.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 8,343 di mana 791 kritikal.

Mengenai kes pesakit sembuh, sebanyak 466 lagi pesakit telah pulih dan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh setakat ini adalah sebanyak 330,181 atau 96 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu, Madinah masih merekodkan kes harian tertinggi dengan 55 kes walaupun ia menunjukkan pengurangan berbanding semalam 92 kes dan 59 kes hari sebelumnya.

Bandar utama lain di Arab Saudi iaitu Riyadh merekodkan 39 kes, Makkah 35 dan Jeddah sembilan kes.

Related posts

Leave a Comment