Indonesia catat 4,432 kes

INDONESIA mencatatkan 4,432 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 377,541.

Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 98,206 kes, dengan penambahan 989 kes baru.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 102 kematian dilaporkan yang menjadikan angka kematian keseluruhan 12,959.

Wilayah Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 3,619 orang, diikuti oleh Jakarta (2,105), Jawa Tengah (1,630) dan selebihnya di wilayah lain.

Bagaimanapun, 3,497 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 301,006 orang.

Jakarta menjadi wilayah yang merekodkan kes sembuh tertinggi harian iaitu 1,159 kes dengan jumlah kumulatifnya 83,244 kes.

Sebanyak 164,346 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

sembuh daripada jangkitan itu.

Related posts

Leave a Comment