Hampir 40 juta kes global

JUMLAH jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan kes positif global hampir mencecah 40 juta manakala 1,112,426 kematian dilaporkan sehingga pukul 9.30 pagi ini.

Menurut data Johns Hopkins University, daripada 39,876,764 kes, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 8,148,368 diikuti India 7,494,551, Brazil 5,224,362 dan Rusia 1,390,824.

Argentina pula menghampiri satu juta kes dengan catatan 989,680 diikuti Colombia 959,572 dan Sepanyol 936,560.

Turut merekodkan lebih setengah juta kes adalah Perancis 876,342, Peru 865,549, Mexico 847,108, United Kingdom 725,292, Afrika Selatan 703,793 dan Iran 530,380.

Tiga negara melebihi 400,000 kes iaitu Chile 491,760, Iraq 426,634 dan Itali 414,241.

Sembilan negara merekodkan lebih 300,000 kes didahului Bangladesh 388,569, Jerman 366,982, Indonesia 361,867, Filipina 356,618, Turki 347,493, Arab Saudi 342,202, Pakistan 323,019, Ukraine 307,301 dan Israel 303,109.

Netherlands merekodkan 234,203, Belgium 213,115 dan Kanada 200,803.

Sebanyak 17 negara mencatatkan lebih 100,000 kes iaitu Romania, Poland, Czechia, Morocco, Ecuador, Bolivia, Nepal, Qatar, Panama, Republik Dominica, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Kazakhstan, Mesir, Sweden dan Guatemala.

Bagi kes kematian pula, AS mendahului dengan 219,668 kematian, Brazil 153,675, India 114,031, Mexico  86,059, United Kingdom 43,736, Itali 36,543, Sepanyol  33,775, Peru 33,702, Perancis 33,325 dan Iran 30,375.

Colombia merekodkan 28,970 kematian, Argentina 26,267, Rusia 24,039, Afrika Selatan 18,471, Chile 13,635, Indonesia 12,511, Ecuador 12,387, Belgium 10,392 dan Iraq 10,254.

Sementara itu, sebanyak 27,413,784 kes pemulihan dilaporkan dengan India mendahului 6,597,209 kes diikuti Brazil 4,526,393, AS 3,234,138, Rusia 1,065,608, Colombia 858,294.

Argentina 803,965, Peru 774,356, Mexico 715,848, Afrika Selatan 634,543, Chile 463,943, Iran 427,400, Iraq 360,477, Arab Saudi 328,538, Filipina 310,158, Pakistan 307,069, Turki 304,003, Bangladesh 303,972 dan Jerman 292,262.

Related posts

Leave a Comment