Gelombang ketiga mencabar

GELOMBANG ketiga wabak Covid-19 di Malaysia lebih mencabar walaupun kita lebih bersedia dari segi kapasiti dan tindakan kesihatan awam yang dijalankan.

Nilai Rt pada permulaan gelombang ketiga 20 September 2020 adalah 2.2, tetapi dalam tempoh empat minggu ia telah menurun kepada 1.5.

Ini bermakna setakat ini usaha yang dijalankan telah dapat mengelakkan peningkatan kes secara mendadak seperti dalam graf unjuran ini (garisan R = 2.2).

Bagaimanapun, jika dilihat pada carta palang ini (iaitu jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan setiap hari), didapati ia masih mengikuti garisan unjuran nilai R = 1.5 (Lampiran 1).

Oleh itu, boleh dijangkakan kes harian Covid-19 masih akan meningkat tetapi bukan secara mendadak.

Unjuran ini amat penting kerana ia menunjukkan bahawa masih terdapat ruang bagi kita berusaha mengawal situasi gelombang ketiga ini.

Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan agar kita sekali lagi dapat melandaikan lengkung ini.

*Nilai R0 merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh kes positif atau hos virus tersebut. Misalnya, jika nilai R0 adalah 4, ini bermakna bahawa setiap seorang kes positif boleh menyebarkan penyakit ini kepada 4 orang yang lain dalam satu tempoh kebolehjangkitan.

(Sumber FB KKM)

Related posts

Leave a Comment