Pasukan bantuan ke Sabah

KEMENTERIAN Kesihatan menggerakkan pasukan bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kota Kinabalu, Sabah bagi membantu menangani penularan Covid-19 di sana. Mobilisasi pasukan bantuan secara dalam negeri di Sabah telah dilakukan sejak awal peningkatan kes di sana lagi.

Sehingga 8 Oktober 2020, sejumlah 249 orang anggota Perubatan dan 48 orang anggota Kesihatan Awam digerakkan secara dalaman negeri Sabah.

Sehingga tarikh yang sama juga, sejumlah 130 orang anggota Perubatan dan 48 onggota Kesihatan Awam digerakkan dari lain-lain negeri ke Sabah. Ini menjadikan setakat ini 475 orang anggota pelbagai kategori dan skim perkhidmatan digerakkan ke sana.

Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana.

Pada masa yang sama, kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM dapat menjalankan tugasan dengan baik.

KKM menyeru penglibatan lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu  menangani gelombang ketiga Covid-19.

Related posts

Leave a Comment