3,963 jumlah harian tertinggi

INDONESIA mencatatkan 3,963 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, 16 September 2020, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, jumlah kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 228,993 manakala 100,236 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam (15 September) sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 135 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,100 orang.

Jakarta, yang dikenakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 57,469 kes, dengan tambahan 1,294 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,867 orang, diikuti Jakarta (1,481), Jawa Tengah (1,179), Kalimantan Selatan (392), Sulawesi Selatan (386) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Related posts

Leave a Comment