6 kes : Tiga tempatan, 3 import

PUTRAJAYA: Enam kes baharu positif Covid-19 iaitu tiga jangkitan dalam negara dan tiga kes import dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari, Ahad, 6 September, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada tiga kes jangkitan dalam negara yang membabitkan warganegara tempatan, dua kes adalah daripada Kluster Benteng LD di Sabah manakala satu kes melibatkan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Pulau Pinang.

Menurut beliau, kesemua kes import yang dilaporkan adalah membabitkan warga asing yang mendapat jangkitan dari Indonesia (dua kes) dan Bangladesh (satu kes).

Bagaimanapun tiada kematian baharu direkodkan dan jumlah keseluruhan kekal 128 kes atau 1.36 peratus,” .

Dalam satu kenyataan, Dr. Noor Hisham memberitahu, sehingga kini enam kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dua kes pulih dicatatkan menjadikan 9,115 kes telah pulih sepenuhnya bersamaan 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” .

Menyentuh mengenai Kluster Benteng LD di Sabah, beliau memberitahu, dua kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 16 kes.

Setakat ini katanya, 420 individu disaring di Lahad Datu dengan tujuh kes dikesan positif manakala 154 individu lagi masih menunggu keputusan.

“Sebanyak 365 individu lagi disaring di Tawau membabitkan sembilan kes positif dan 280 invidu lagi masih menunggu keputusan,” ujarnya.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat.

Related posts

Leave a Comment