Kes harian turun

ARAB Saudi mencatatkan penurunan jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan 816 kes berbanding 898 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 317,486 kes. Sebanyak 27 lagi kematian dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan yang membawa kepada 3,956 kematian. Pada masa yang sama Arab Saudi juga mencatatkan 996 kes sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 292,510 pesakit. Ketika ini terdapat 21,020 kes aktif di mana 1,523 kritikal. Sementara itu, Madinah dan Hail merekodkan kes tertinggi berbanding bandar lain iaitu masing-masing 45 kes, diikuti Riyadh 44 kes, Jeddah 43, Dammam 41, Makkah 40 dan…

Read More

3,000 kes dalam 24 jam

INDONESIA merekodkan kes positif baharu Covid-19 melebihi angka 3,000 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 180,646. Berdasarkan data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 hari ini, 2 September, sebanyak 3,075 kes positif baharu dicatatkan. Jumlah kes harian tertinggi setakat ini ialah 3,308 kes pada Sabtu lepas, sebelum berkurangan di bawah angka 3,000 sehingga semalam. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 111 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 7,616 orang. Jakarta mencatatkan kes positif baharu tertinggi iaitu 1,054…

Read More

6 kes : 4 import, 2 tempatan

PUTRAJAYA: Enam kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, termasuk satu kes melibatkan Kluster MV Glen di Selangor, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 9,360 kes manakala 153 kes aktif dengan kebolehjangkitan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah  berkata, daripada jumlah kes baharu, empat daripadanya kes import yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara, manakala dua lagi adalah penularan tempatan membabitkan warga Malaysia. Empat kes import tersebut adalah dari Indonesia (tiga kes) dan Syria (satu kes) manakala bagi kes penularan tempatan, satu kes daripada Kluster MV Glen dan satu lagi kes saringan di tempat kerja di Pahang.  Tiada kematian direkodkan hari ini dan jumlah maut akibat wabak itu kekal 128. Beliau…

Read More

Rais YDP Dewan Negara ke-18

BEKAS Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dr. Rais Yatim (Bersatu) dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-18 hari ini, 2 September 2020. Rais, 78, merupakan antara tiga calon yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu selain Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR) dan Senator Theodore Douglas Lind (Warisan). Bagaimanapun, Theodore menarik diri pada saat akhir. Pemilihan Yang Dipertua Dewan Negara baharu dibuat bagi menggantikan SA Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lepas, dilakukan menerusi undi bersurat. Keputusan undian itu menyaksikan Rais memperoleh 45 undi manakala Mohd Yusmadi 19 undi dan…

Read More

AS catat 6 juta kes Covid-19

AMERIKA Syarikat (AS) terus mendahului negara lain dalam jumlah jangkitan Covid-19 apabila negara itu setakat pukul 7 pagi ini, 2 September merekodkan 6,070,050 kes daripada 25,590,668 kes yang direkodkan di seluruh dunia. Menurut data Johns Hopkins University, AS juga mendahului jumlah kematian akibat Covid-19 iaitu 184,517 daripada catatan seluruh dunia iaitu sebanyak 852,985 kes. Brazil dan India menduduki tangga kedua dan ketiga bagi kes jangkitan dan kematian di mana Brazil merekodkan 3,908,272 kes dan 121,381 kematian manakala India 3,691,166 kes dan 65,288 kematian. Rusia pula merekodkan 997,072 kes diikuti empat…

Read More

Kes di Indonesia meningkat

KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia melaporkan 2,775 kes baharu dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 177,571 kes sementara kes aktif sebanyak 42.009. Daripada jumlah kes baharu itu, Jakarta merekodkan kes tertinggi dengan 901 kes diikuti Jawa Timur 350 kes dan Jawa Barat 215 kes. Bagi kes kematian, sebanyak 88 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 7,505 kes di mana Jawa Timur 26 kes, Jakarta 17 dan Jawa Tengah dengan 14 kes. Sementara itu kes sembuh harian yang dilaporkan pada 1 September adalah 2,098 kes yang membawa kepada jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 128,057. Kes sembuh…

Read More