Kes harian turun

ARAB Saudi mencatatkan penurunan jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan 816 kes berbanding 898 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 317,486 kes.

Sebanyak 27 lagi kematian dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan yang membawa kepada 3,956 kematian.

Pada masa yang sama Arab Saudi juga mencatatkan 996 kes sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 292,510 pesakit.

Ketika ini terdapat 21,020 kes aktif di mana 1,523 kritikal.

Sementara itu, Madinah dan Hail merekodkan kes tertinggi berbanding bandar lain iaitu masing-masing 45 kes, diikuti Riyadh 44 kes, Jeddah 43, Dammam 41, Makkah 40 dan Hufof 37.

Related posts

Leave a Comment