AS catat 6 juta kes Covid-19

AMERIKA Syarikat (AS) terus mendahului negara lain dalam jumlah jangkitan Covid-19 apabila negara itu setakat pukul 7 pagi ini, 2 September merekodkan 6,070,050 kes daripada 25,590,668 kes yang direkodkan di seluruh dunia.

Menurut data Johns Hopkins University, AS juga mendahului jumlah kematian akibat Covid-19 iaitu 184,517 daripada catatan seluruh dunia iaitu sebanyak 852,985 kes.

Brazil dan India menduduki tangga kedua dan ketiga bagi kes jangkitan dan kematian di mana Brazil merekodkan 3,908,272 kes dan 121,381 kematian manakala India 3,691,166 kes dan 65,288 kematian.

Rusia pula merekodkan 997,072 kes diikuti empat negara melebihi 500,000 kes iaitu Peru 652,037, Afrika Selatan 628,259, Colombia 614,669 dan Mexico 599,560.

Sepanyol pula mencatatkan 470,973 kes, Argentina 417,735 dan Chile 413,145, Iran 376,894, United Kingdom 339,385, Perancis 323,968, Arab Saudi 316,670 dan Bangladesh 314,946.

Enam negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Pakistan 296,149, Turki, 271,705, Itali 270,189, Jerman 246,014, Iraq 238,338 dan Filipina 224,264.

Indonesia pula mendahului lapan negara yang merekodkan lebih 100,000 kes di mana Indonesia mencatatkan 177,571, Kanada 131,364, Ukraine 126,279, Qatar 118,994, Israel 118,538, Bolivia 116,598, Ecuador 114,309 dan Kazakhstan 105,872.

Mengenai kes kematian, Mexico berada di kedudukan keempat kes tertinggi iaitu 64,414 diikuti United Kingdom 41,592, Itali 35,491, Perancis 30,666, Sepanyol 29,152, Peru 28,944 dan Iran 21,672.

Colombia pula merekodkan 19,640 kematian, Rusia 17,250, Afrika Selatan 14,263, Chile 11,321, Belgium 9,895, Jerman 9,307,  Kanada  9,178, Argentina 8,730, Indonesia 7,505 dan Iraq 7,123.

Sementara itu hampir 17 juta kes sembuh dilaporkan di mana daripada 16,967,613 kes pulih, Brazil merekodkan 3,333,395 kes diikuti India 2,839,882, AS 2,202,663, Rusia 813,603, Afrika Selatan 549,993, Mexico 496,222, Peru 462,329.

Colombia 458,815, Chile 385,790, Iran 325,124, Argentina 308,376 , Arab Saudi 291,514, Pakistan 280,970, Turki 245,929, Jerman 218,403, Bangladesh 208,177, Itali 207,944, Iraq 180,473 dan Filipina 158,012 .

Related posts

Leave a Comment