88 % kes sembuh di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 1,482 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 294,519. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) sebanyak 34 lagi kematian dilaporkan yang membawa jumlah korban kini 3,303. MOH juga mengumumkan peningkatan jumlah pesakit sembuh apabila hari ini, sebanyak 3,124 lagi direkodkna menjadikan jumlah sembuh 260,393 kes. Ini bersamaan dengan 88 peratus daripada jumlah kes jangkitan yang dilaporkan. Kes aktif pula sebanyak 30,823 di mana 1,805 adalah kes aktif. Sementara itu, kes tertinggi iaitu kurang daripada 100 kes adalah Riyadh dengan catatan…

Read More

Filipina catat 147,526 kes

INDONESIA merekodkan 2,098 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 132,816, manakala 76,515 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 65 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 5,968 orang. Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 27,761 kes, diikuti Jawa Timur (26,561)  dan selebihnya di 32 provinsi yang lain. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,953 orang, diikuti Jakarta (970),…

Read More

Semoga jadi pengajaran

PEMILIK restoran Nasi Kandar Salleh yang beroperasi di pekan Napoh, dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000. Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 tahun, didapati bersalah ke atas pertuduhan mengingkari perintah pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh kuarantin wajib pada 14 Julai lalu. Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Hospital Alor Setar, hari ini, 13 Ogos 2020 Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah meninggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian dengan berada di Bank Rakyat Cawangan Jitra, Kubang Pasu pada jam…

Read More

Acryl Sani Timbalan KPN

KUALA LUMPUR: Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Mazlan Mansor yang bersara wajib bermula esok. Majkis serah terima tugas jawatan nombor dua tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM di Cheras, hari ini. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador. Acryl Sani berpengalaman luas dalam bidang kepolisan dan pernah mengetuai beberapa jabatan di Bukit Aman antaranya Jabatan Siasatan…

Read More

20.4 juta kes, 745,600 maut

KEMATIAN  akibat Covid-19 seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah pagi ini merekodkan 745,600 dengan kes jangkitan kini 20,456,016 dan sembuh pula 12,663,206. Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului catatan kematian dan kes tertinggi berbanding negara-negara lain. AS merekodkan 5.1 juta kes atau 5,190,948 kes dengan 165,883 kematian manakala Brazil mencatatkan 3.1 juta atau 3,109,630 dengan 103,026 kematian. India menduduki tempat ketiga dengan merekodkan 2,329,638 kes diikuti Rusia 900,745, Afrika Selatan 568,919, Mexico 492,522, Peru 489,680 dan Colombia 410,453. Empat negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile…

Read More

Filipina minat Sputnik V

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte memuji kejayaan Rusia membangunkan vaksin virus korona dan menawarkan dirinya menerima “suntikan di khalayak” bagi meredakan kebimbangan tentang keselamatan vaksin tersebut. Saintis Filipina akan menemui wakil dari Rusia yang menghasilkan vaksin Covid-19 untuk membincangkan kemungkinan menyertai ujian klinikal dan mendapat akses kepada data penyelidikan. Filipina adalah salah satu negara di Asia dengan jumlah tertinggi jangkitan virus korona. Setakat pukul 4 petang 12 Ogos 2020, Filipina melaporkan 4,444 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 143,749. Jabatan Kesihatan (DOH) juga mengumumkan 636 pesakit sembuh yang membawa jumlah…

Read More