18.6 juta kes, 703,127 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia setakat 7.30 pagi ini 6 Ogos 2020 meningkat kepada 18,650,322 kes dengan jumlah kematian 703,127.

Data Johns Hopkins University juga menunjukkan, sebanyak 11,254,878 pesakit pulih.

Ketika ini, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 4,816,509 kes dan 157,854 kematian diikuti Brazil  2,801,921 kes dan 95,819 kematian.

India berada di  kedudukan ketiga dengan 1,908,254 kes tetapi di tangga kelima jumlah kematian iaitu 39,795.

Di kedudukan keempat kes tertinggi adalah Rusia yang merekodkan 864,948 kes diikuti Afrika Selatan 529,877, Mexico 449,961 dan Peru 439,890.

Lima buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 364,723, Colombia 334,979, Iran 317,483, United Kingdom 307,258 dan Sepanyol 305,767

Sementara itu, lapan negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Arab Saudi 282,824, Pakistan 281,136, Itali 248,803, Bangladeshm246,674, Turki  236,112, Perancis 228,576 ! Jerman 214,113 dan Argentina 213,535.

Lima negara lagi merekodkan lebih 100,000 kes yang meliputi  Iraq 137,556, Kanada 119,986, Indonesia 116,871, Filipina 115,980 dan Qatar 111,805.

Bagi kes kematian pula, Mexico berada di tangga ketiga dengan 48,869 kes diikuti United Kingdom 46,295,  India 39,795, Itali 35,181, Perancis 30,297, Sepanyol 28,499, Peru 20,007, Iran 17,802, Rusia 14,465 dan Colombia 11,315.

Belgium merekodkan 9,852 kematian, Chile 9,792, Afrika Selatan 9,298, Jerman 9,179, Kanada 9,010, Netherland 6,173, Pakistan 6,014 dan Equador 5,847.

Sementara itu, Brazil mencatatkan 2,157,553 kes pesakit pulih diikuti AS 1,528,979, India 1,282,215, Rusia 667,769,  Afrika Selatan 377,266, Mexico 357,444, Chile 338,291, Peru 302,457,  Iran 274,932 dan Pakistan 254,286.

Arab Saudi pula merekodkan 245,314 kes pulih diikuti Turki 219,506, Itali 200,976, Jerman 194,568 , Colombia 180,258 dan Sepanyol 150,376 .

Related posts

Leave a Comment