Pertambahan kes di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 1,342 kes baharu koronavirus Covid-19, meningkat kembali selepas menunjukkan trend penurunan sejak kebelakangan ini.

Kes yang dicatatkan pada Selasa 4 Ogos meningkat 84 kes berbanding 1,258 pada 3 Ogos menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 281,436.

Pada 31 Julai kes harian yang dicatatkan adalah 1,686 diikuti pada 1 Ogos sebanyak 1,573 diikuti, 2 Ogos sebanyak 1,357.

Sebanyak 35 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 2,984

Sementara itu,sebanyak 1,635 pesakit pulih yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih 243,688 manakala kes aktif 34,753 di mana 1,983 kritikal.

Daripada kes baharu itu, Riyadh mencatatkan 90 kes diikuti Makkah 56 dan Madinah 53.

Related posts

Leave a Comment