13.4 juta kes, 7.4 juta pulih

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia meningkat kepada 13,439,126 dengan kematian 581,103.

Data Johns Hopkins University (JHU) setakat pukul 7 pagi ini, 16 Julai i 2020 juga menunjukkan 7,499,618 kes telah pulih.

Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan catatan 3,478,017 kes jangkitan manakala kematian 137,106, diikuti Brazil 1,926,824 kes dan 74,133 kematian.

India pula di kedudukan ketiga dengan catatan 936,181 kes tetapi di tangga kelapan dalam rekod jumlah kematian iaitu 24,309.

Sementara itu Rusia menduduki tempat keempat jangkitan kes dengan 745,197  manakala kematian sebanyak 11,753 di belakang India, Iran dan Peru.

Empat negara merekodkan 300,000 kes iaitu Peru 337,751, Chile 321,205, Mexico 311,486 dan Afrika Selatan 311,049.

United Kingdom (UK) masih berada dalam kumpulan 200,000 kes tetapi menghampiri 300,000 iaitu 293,469 kes dengan kematian di tempat ketiga sebanyak 45,138.

Turut berada dalam kumpulan 200,000 adalah Iran 264,561, Sepanyol 257,494, Pakistan 255,769, Itali 243,506, Arab Saudi 240,474, Turki 215,940, Perancis 210,568 dan Jerman 200,890.

Lima negara berada dalam kelompok 100,000 kes didahului Bangladesh 193,590, Colombia 159,898, Kanada 110,490, Argentina 106,910 dan Qatar 104,983 kes.

China negara pencetus wabak ini merekodkan 85,245 kes diikuti Mesir 84,843, Iraq 83,867 dan Indonesia 80,094.

Sementara itu angka kematian menyaksikan Mexico negara keempat mencatatkan kes tertinggi dengan 36,327 kes, Itali 34,997, Perancis 30,123, Sepanyol 28,413, India 24,309, Iran 13,410, Peru 12,417 dan Rusia 11,753.

Brazil mendahului kes pulih dengan catatan 1,328,535 diikuti AS 1,075,882, India 592,032, Rusia 522,375, Chile 292,085, Mexico 245,830, Iran 227,561, Peru 226,400 dan Turki 197,733.

Related posts

Leave a Comment