12.6 juta kes, 563,800 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 dan kematian akibatnya di seluruh dunia merekodkan peningkatan  dalam tempoh 24 jam.

Data Johns Hopkins University, setakat pukul 8 pagi Ahad menunjukkan kes jangkitan mencecah 12,671,592 dan 563,841 kematian.

Data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pula (sehingga 11 Julai) merekodkan 12.322,395 kes dengan  556,335 kematian.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan merekodkan 3,242,073 kes dan 134,729 kematian manakala Brazil dengan 1,839,850 kes serta 71,469 kematian. India pula di kedudukan ketiga dengan merekodkan  820,916 tetapi kes kematiannya 22,123, tempat kelapan tertinggi.

Rusia juga mencatatkan kes yang tinggi iaitu 719,449 dengan kematian 11,188, di tangga ke 11.

Peru pula merekodkan 322,710 kes sementara Chile 312,029.

Sepuluh negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 ialah United Kingdom 290,502, Mexico 289,174,  Afrika Selatan 264,184, Iran 255,117, Sepanyol 253,908, Pakistan 246,351, Itali 242,827, Arab Saudi 229,480, Turki 211,981 dan Perancis 208,015.

Jerman yang berada dalam kelompok 100,000 kes menghampiri 200,000 kes dengan catatan 199,709 dikuti Bangladesh 181,129, Colombia 140,776, Kanada 109,150 dan Qatar 103,128.

Argentina merekodkan 97,509 kes diikuti China 85,067 dan Mesir 81,158.

Sementara itu angka kematian menyaksikan United Kingdom di tempat ketiga tertinggi dengan 44,883 diikuti Itali 34,945, Mexico 34,191 dan Perancis 30,007.

Sepanyol pula mencatatkan 28,403, Iran 12,635. Peru 11,682, Belgium 9,782, Jerman 9,070 , Kanada 8,818, Chile 6,881 dan Netherlands 6,156.

(Grafik hingga 9 pagi)

Related posts

Leave a Comment