KES jangkitan Covid-19 seluruh dunia mencecah 12,169,400 dan kematian 552,104 dengan Amerika Syarikat (AS) mendahului 3,108,141 kes jangkitan dan 133,106 kematian.

Data Johns Hopkins University setakat 6.40 pagi ini, 10 Julai menunjukkan Brazil menduduki tempat kedua dengan 1,713,160 dan 67,964 kematian.

India pula merekodkan 767,296 kes diikuti Rusia 706,240 manakala Peru 316,448 dan Chile 306,216 kes.

Sepuluh negara merekodkan angka melebihi 200,000 kes didahului United Kingdom (UK) 289,154, Mexico 275,003, Sepanyol 253,056, Iran 250,458, Itali 242,363, Pakistan 240,848, Afrika Selatan 38,339 , Arab Saudi 223,327, Turki 209,962 dan Perancis 207,356.

Lima negara terus merekodkan lebih 100,000 kes di mana Jerman mendahului dengan 199,001, Bangladesh 175,494, Colombia 128,638, Kanada 108,587 dan Qatar 102,110.

China, negara yang bermulanya wabak ini merekodkan 84,992 kes diikuti  Mesir 79,254, Sweden 74,333 dan Indonesia 70,736.

Sementara itu, UK di tempat ketiga kematian dengan merekodkan 44,687 diikuti Itali 34,926, Mexico 32,796, Perancis 29,982,

Sepanyol 28,401, India 21,129, Iran 12,305, Peru 11,314 dan Rusia 10,826.

Dunia juga merekodkan 6,696,322 kes pesakit pulih di mana Brazil merekodkan 1,158,394 diikuti AS 969,111, Rusia 480,494, India 476,378 dan Chile 274,922.

Related posts

Leave a Comment