6 bulan setengah juta maut

SELEPAS enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima laporan berkaitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di China, kes jangkitan terus menunjukkan peningkatan.

Dikenali sebagai Covid-19, dunia tidak menjangka pandemik ini telah menjangkiti 10,274,274 pesakit dengan angka kematian pula meningkat kepada 504,843 orang.

Sehingga 8.30 pagi ini, data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 2,587,154 kes dan kematian 126,127 .

Ini diikuti Brazil yang merekodkan 1,368,195 berbanding semalam 1,313,667 kes dengan kematian pula meningkat kepada 58,314 berbanding 57,070 pada Isnin, 29 Jun.

Rusia menduduki tempat ketiga dengan 640,246 diikuti India 548,318 dan United Kingdom (UK) 313,470 kes.

Lapan buah negara pula mencatat angka melebihi 200,000 kes dan masing-masing menunjukkan peningkatan kes berbanding semalam.

Peru merekodkan 282,365 kes (275,989), Chile 275,999 (267,766), Sepanyol 248,970 (248,469), Itali 240,436 (240,136), Iran 225,205 (220,180) dan Mexico 220,657 (208,392).

Perancis dan Pakistan memasuki kumpulan 200,000 kes dengan Pakistan mendahului 206,512 (198,883) dan Perancis 201,522 (199,473).

Turki dan Jerman juga turut menghampiri 200,000 kes apabila masing-masing merekodkan 198,613 dan 195,042.

Empat lagi negara yang turut merekodkan lebih 100,000 kes adalah Arab Saudi 186,436, Afrika Selatan 144,264, Bangladesh 141,801, dan Kanada 105,830.

Qatar pula mencatatkan 95,106 kes, Colombia 91,995 dan China, negara pencetus wabak ini merekodkan 84,761 kes.

Sementara itu, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga merekodkan kematian tertinggi dengan 43,659 diikuti Itali 34,744, Perancis 29,816, Sepanyol 28,346, Mexico 27,121 India 16,475, dan Iran 10,670.

Related posts

Leave a Comment