SELAK punya selak terjumpa gambar ini dan keratan wawancara. Lihatlah kemesraan mereka. Dulu mereka bersatu di dalam UMNO, seorang PM seorang lagi TPM. Mereka juga Presiden dan Timbalan Presiden. Seorang kena pecat, seorang lagi tinggalkan UMNO. Begitu kesudahan mereka bersama UMNO.
Mereka bergaduh sakan. Kalau putar balik apa depa kata sama-sama depa boleh termuntah atau guling-guling atas jalan. Kemudian depa bersatu dalam PH. Dua-dua nak jadi PM. Yang sorang dah dua kali jadi PM tapi nak cipta rekod untuk kali ketiga. Malangnya yang sorang lagi tak setuju, dah serik bagi laluan walaupun ada ‘tahi cicak’ sebagai ikatan perjanjian. Akhirnya dua-dua melepas.
Kata orang Penang, Balik Pulau Bayan Lepas, sana terpelau, sini terlepas. Hancur leburlah impian mereka. Yang sorang tu entah sampai bila akan jadi PM tepi. Nak jadi PM 5, 6, 7, 8 tak jadi-jadi. Sekarang berebut nak jadi PM ke-9. Nampak gaya tak menjadi juga. Dua-dua seperti akan kecundang. Nama lain pula yang muncul.
Entah sampai bila ‘sandiwara’ ini akan berakhir. Sudahlah. Bagi ja Abah duduk situ dulu. Lagi pun Abah baru rasa gaji dua bulan selepas dua bulan gaji dipotong untuk Covid-19 berbanding Atok dan geng dah rasa 22 bulan gaji…