Kes di Arab Saudi 101,914

ARAB Saudi kini mencatatkan lebih 100,000 kes positif Covid-19 berikutan pertambahan 3,045 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Pertambahan kes harian lebih 3,000 itu menjadikan jumlah kumulatif kes 101,914. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan 36 lagi kematian menjadikan jumlah kes 712. Dalam tempoh yang sama sebanyak 1,026 kes pulih menjadikan kes sembuh keseluruhan 72,817 daripada 101,914 kes jangkitan yang dilaporkan.. Sementara itu Riyadh terus mencatatkan kes tertinggi dengan 717 kes diikuti Makkah 622, Jeddah 351, Damman 257, Hufof 132, Qattif 120, dan Madinah 110.

Read More

Indonesia 672 kes, 50 kematian

SINGAPURA merekodkan 383 kes jangkitan Covid-19 baharu sehingga 12 tengah hari ini (7 Jun) menjadikan jumlah kes terkumpul meningkat kepada 37,910 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), 14 merupakan kes dalam masyarakat, yang terdiri daripada 10 warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) manakala empat adalah pemegang pas pekerja atau pelajar.  Baki kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja asing.  Dalam kalangan 14 kes dalam masyarakat itu, sembilan telah diperiksa secara proaktif sebagai sebahagian daripada usaha aktif dalam pengesanan awal kes di sekolah dan mereka yang ada simptom jangkitan pernafasan berpanjangan. …

Read More

Kes tempatan 13, import 6

PUTRAJAYA: Sebanyak 19 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu yang melibatkan enam kes import, dua kes bukan warganegara dan 11 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 11 kes warganegara itu adalah , enam kes di Selangor melibatkan dua kes saringan pusat rehabilitasi di Dengkil; dua kes saringan madrasah tahfiz; satu kes Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah di Sabak Bernam dan satu kes saringan tempat kerja di Klang. Dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan…

Read More

PKPB diganti PKPP 10 Jun

PERDANA Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Banyak kelonggaran yang akan diberi di bawah PKPP ini termasuk rentas negeri dan melancong di dalam negara. Ibadah korban juga dibenarkan. Bagaimanapun kebenaran solat jemaah dan Jumaat untuk lebih ramai jemaah akan diumumkan sedikit masa lagi. Untuk rekod, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac secara berperingjat sehinggalah PKPB bermula 4 Mei dan berakhir 9 Jun. INTIPATI PERUTUSAN PM MULAI 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri…

Read More

18 tahun belum layak daftar

PUTRAJAYA : Usia 18 tahun belum layak mendaftar sebagai pengundi. Itu penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai berita tular di media sosial yang mengajak rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mendaftar sebagai pengundi secara atas talian. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pendaftaran pengundi berumur 18 tahun belum dilaksanakan sebaliknya akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik. Bagaimanapun perkara itu akan dilakukan selepas segala persiapan SPR diselesaikan termasuk penyediaan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan. “Selain itu, (persiapan lain adalah) penyediaan…

Read More

Jangkitan, kematian meningkat

KES jangkitan Covid-19 di seluruh dunia mencecah 6.8 juta dengan kematian meningkat 362,678 setakat 6.30 pagi ini. Data dari Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului angka jangkitan dengan merekodkan 1,909,077 dan kematian 109,497. Brazil menduduki tempat kedua dengan 645,771 kes dan Rusia 458,102 kes. Empat negara merekodkan lebih 200,000 kes dan dua melebihi 190,000 kes iaitu United Kingdom 286,294, India 246,622, Sepanyol 241,310, Itali 234,801, Peru 191,758 dan Perancis 190,759  Sementara Jerman merekodkan 185,450 kes diikuti Iran 169,425, Turki 169,218 dan Mexico 110,026. Tiga negara iaitu Arab Saudi, Kanada dan Pakistan mengatasi…

Read More