Kes tempatan 13, import 6

PUTRAJAYA: Sebanyak 19 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu yang melibatkan enam kes import, dua kes bukan warganegara dan 11 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 11 kes warganegara itu adalah , enam kes di Selangor melibatkan dua kes saringan pusat rehabilitasi di Dengkil; dua kes saringan madrasah tahfiz; satu kes Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah di Sabak Bernam dan satu kes saringan tempat kerja di Klang.

Dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan satu kes di Kluster Pangsapuri Cheras; satu kes bagi Kluster Gombak yang merupakan kluster baharu iaitu saringan kontak rapat kes 7,064 dan kes 7,246.

“Satu kes saringan pekerja kilang di Seremban, Negeri Sembilan dan dua kes di Sabah bagi saringan kontak rapat iaitu ahli keluarga kepada kes 3,641 dan kes 4,537,” katanya dalam sidang media harian.

Beliau memberitahu, lima kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian sekali gus jumlah kumulatif kes kematian kekal 117 kes.

Related posts

Leave a Comment