6.7 juta kes, 393,000 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 6.7 juta sehingga 6.30 pagi ini dengan kematian 393,934, demikian mengikut data dari Johns Hopkins University.

Dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 130,000 kes jangkitan baharu manakala kenaikan 5,000 kes kematian.

Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan dengan mencatatkan 1.89 juta dan 109,000 kematian.

Bagi kes jangkitan, Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif jangkitan 614,941 diikuti Rusia dengan 449,256 kes.

Empat negara mencatatkan lebih 200,000 kes iaitu United Kingdom 284,734, Sepanyol 240,978, India 236,184 dan Itali 234,531.

Mexico hari ini menyertai enam negara lain yang mempunyai angka positif melebihi 100,000 bersama Perancis, Jerman, Peru, Turki, Iran dan Chile.

Perancis merekodkan 190,180 kes diikuti  Peru 187,400, Jerman 184,924, Turki 168,340, Iran 167,156, Chile 122,499 dan Mexico 105,680.

Sementara itu, tiga negara lagi mengatasi angka jangkitan 84,174 kes di China iaitu Arab Saudi 95,748, Kanada 95,728 dan Pakistan 89,249.

Bagi kes kematian pula, United Kingdom merekodkan 40,344 kes, Brazil 34,021,

Itali 33,774, Perancis 29,114, Sepanyol 27,134 dan Mexico 12,545.

Negara-negara yang merekodkan 10,000 kes ke bawah tetapi mengatasi kematian di China sebanyak 4,638 kes adalah Belgium 9,566, Jerman 8,658, Iran 8,134, Kanada 7,769, India 6,649, Netherland 6,024, Rusia 5,520, Peru 5,162, Turki 4,648 dan Sweden 4,639.

Sementara itu, hampir tiga juta juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.

Related posts

Leave a Comment