Riyadh catat 900 kes

RIYADH merekodkan kes baharu Covid-19 tertinggi dengan 900 kes daripada 3,121 kes, jumlah harian tertinggi yang dilaporkan hari ini.. Ini diikuti Jeddah yang merekodkan 572 kes, Makkah 279, Madinah 170, Dammam 149, Hufof 144 dan Qattif 121. Kementerian Kesihatan dalam laporannya berkata, Arab Saudi kini mencatatkan keseluruhan kes 98,869. Bagaimanapun jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 71,791 apabila 1,175 lagi kes sembuh dilaporkan hari ini. Dalam tempoh yang sama, 34 kematian dilaporkan menjadikan 676 kes. Kementerian Kesihatan sebelum ini menegaskan akan memantau kes jangkitan di Riyadh bagi menentukan bentuk tindakan…

Read More

Dua lagi kes import di Thailand

THAILAND melaporkan dua kes baharu Covid-19 membabitkan dua lelaki Thai yang baru pulang dari luar negara, dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 3,104 dengan 58 kematian. Penolong Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Panprapa Yongtrakul berkata lelaki berkenaan ialah pelajar berusia 22 tahun yang baru pulang dari Rusia manakala seorang lagi pekerja kilang berusia 39 tahun yang pulang dari Kuwait. Kedua-dua pesakit tanpa gejala itu menjalani kuarantin selama 14 hari di fasiliti kerajaan sejak kembali ke negara ini. Tiada kes baharu tempatan dilaporkan…

Read More

Brunei kekal 141 kes

TIADA kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di Brunei Darussalam, hari ini iaitu hari ke-30 negara itu merekodkan sifar kes sejak 8 Mei lalu. Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kes Covid-19 di negara ini kekal seramai 141 orang dengan dua kematian, dan 138 sembuh. Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar pada sidang media  situasi terkini jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam petang ini berkata, hanya satu kes aktif masih dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan. “Beliau dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ECMO) dan mesin pernafasan.…

Read More

37 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA : Sebanyak 37 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif 8,303 manakala kematian 117. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lapan kes melibatkan kes import dan 29 penularan dalam negara. “Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya. Susulan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,551 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan. Sehingga kini, lima kes positif sedang dirawat di Unit…

Read More

Pakai pelitup muka kain

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka kain di ruang awam yang mempunyai risiko jangkitan Covid-19 bagi mengurangkan penularan virus itu. Nasihat itu berdasarkan bukti saintifik daripada kajian yang dijalankan sejak beberapa minggu yang lalu. WHO bagaimanapun menekankan bahawa pelitup muka hanya merupakan satu daripada pelbagai alat lain bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dan tidak sepatutnya menjadikan orang ramai terlalu selesa. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media di Geneva berkata, pelitup muka sahaja tidak akan melindungi seseorang daripada Covid-19,”. Sementara itu, Maria Van…

Read More

Gunting rambut mulai 10 Jun, pasar malam WP dibuka 15 Jun

KHABAR berita yang ditunggu. Mulai 10 Jun ini, operasi kedai gunting rambut dan dandan rambut akan beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berjumlah RM13.5 bilion setahun, selain melibatkan 74,500 tenaga kerja daripada 16,728 perniagaan yang berdaftar. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka. “Bagi…

Read More

PRK Chini : Jangan pula ada calon ‘payung terjun‘

ELOKLAH Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak meletakkan calon bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini awal bulan depan. Bukan sahaja keputusan itu disambut baik tetapi sepatutnya awal-awal lagi PKR mengambil pendirian yang sama sekiranya alasan yang diberi adalah kerana wabak Covid-19. Biarkan saja Barisan Nasional (BN) menang percuma dan meneruskan kerja untuk rakyat. Lainlah jika kemenangan PKR boleh meruntuhkan kerajaan BN Pahang. Diharapkan tidak ada mana-mana calon ‘payung terjun’ yang cuba ‘terjun’ di kawasan itu semata-mata mahu ‘menghidupkan demokrasi’ serta ‘mengganggu’ tumpuan BN dan juga Suruhanjaya Pilihan…

Read More

6.7 juta kes, 393,000 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 6.7 juta sehingga 6.30 pagi ini dengan kematian 393,934, demikian mengikut data dari Johns Hopkins University. Dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 130,000 kes jangkitan baharu manakala kenaikan 5,000 kes kematian. Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan dengan mencatatkan 1.89 juta dan 109,000 kematian. Bagi kes jangkitan, Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif jangkitan 614,941 diikuti Rusia dengan 449,256 kes. Empat negara mencatatkan lebih 200,000 kes iaitu United Kingdom 284,734, Sepanyol 240,978, India 236,184 dan Itali 234,531.…

Read More