Brunei kekal 141 kes

TIADA kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di Brunei Darussalam, hari ini iaitu hari ke-30 negara itu merekodkan sifar kes sejak 8 Mei lalu.

Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kes Covid-19 di negara ini kekal seramai 141 orang dengan dua kematian, dan 138 sembuh.

Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar pada sidang media  situasi terkini jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam petang ini berkata, hanya satu kes aktif masih dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

“Beliau dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ECMO) dan mesin pernafasan. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberikan kesembuhan kepada beliau,” katanya.

 Dalam tempoh 24 jam yang lalu juga, sebanyak 538 sampel diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 21,157 ujian.

 Mengenai aplikasi BruHealth, satu kemudahan memasuki masjid, restoran, gym, serta perniagaan dan perkhidmatan lain, seramai 279,226 orang telah mendaftar dan 5,899 syarikat dan premis juga berbuat demikian.

Related posts

Leave a Comment