Riyadh catat 900 kes

RIYADH merekodkan kes baharu Covid-19 tertinggi dengan 900 kes daripada 3,121 kes, jumlah harian tertinggi yang dilaporkan hari ini..

Ini diikuti Jeddah yang merekodkan 572 kes, Makkah 279, Madinah 170, Dammam 149, Hufof 144 dan Qattif 121.

Kementerian Kesihatan dalam laporannya berkata, Arab Saudi kini mencatatkan keseluruhan kes 98,869.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 71,791 apabila 1,175 lagi kes sembuh dilaporkan hari ini.

Dalam tempoh yang sama, 34 kematian dilaporkan menjadikan 676 kes.

Kementerian Kesihatan sebelum ini menegaskan akan memantau kes jangkitan di Riyadh bagi menentukan bentuk tindakan untuk membendung penularan wabak.

Pada Jumaat, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan perintah berkurung di Jeddah mulai 6 Jun bermula pukul 3 petang hingga 6 pagi berikutan peningkatan kes.

Related posts

Leave a Comment