Dua lagi kes import di Thailand

THAILAND melaporkan dua kes baharu Covid-19 membabitkan dua lelaki Thai yang baru pulang dari luar negara, dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 3,104 dengan 58 kematian.

Penolong Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Panprapa Yongtrakul berkata lelaki berkenaan ialah pelajar berusia 22 tahun yang baru pulang dari Rusia manakala seorang lagi pekerja kilang berusia 39 tahun yang pulang dari Kuwait.

Kedua-dua pesakit tanpa gejala itu menjalani kuarantin selama 14 hari di fasiliti kerajaan sejak kembali ke negara ini. Tiada kes baharu tempatan dilaporkan dalam tempoh 12 hari.

INDONESIA terus mencatat peningkatan kes dengan tambahan 993 kes baharu, dalam tempoh 24 jam menjadikan kes positif kini berjumlah 30,514

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 31 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 1,801 orang.

Seramai 13,347 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Jakarta masih mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 524 kes, diikuti Jawa Timur (464 kes), Jawa Barat (158) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA merekodkan 344 kes baharu Covid-19 sehingga 12 tengah hari 6 Jun menjadikan jumlahnya meningkat kepada 37,527 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu berkata, majoriti kes adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing. Terdapat tujuh kes dalam komuniti dengan tiga daripadanya adalah warga Singapura atau penduduk tetap dan empat pemegang pas kerja.

Sebanyak 24,209 pesakit, atau kira-kira 65 peratus daripada jumlah kumulatif  37,183 semalam pulih sepenuhnya.

Setakat tengah hari semalam, 307 kes disahkan masih berada di hospital dengan empat daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi. Sejumlah 24 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dengan dua kematian pertama pada 21 Mac.

FILIPINA sehingga 4 petang ini melaporkan jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 21,340;kes dengan pertambahan 714 kes iaitu 350 kes terkini dan 364 kes lewat

Menurut Jabatan Kesihatan, kes baharu hari ini adalah berdasarkan laporan pencapaian harian yang diserahkan oleh hanya 37 daripada 43 makmal operasi semasa.

Sebanyak tujuh kematian dilaporkan menjadikan 994 kes sementara 111 pemulihan. dilaporkan membawa jumlah kes sembuh kepada 4,441.

Related posts

Leave a Comment