2,442 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,442 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan  70,161. Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan kes harian berbanding dua hari lalu iaitu Khamis 2,532 dan semalam Jumaat 2,642 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, 15 kematian dilaporkan menjadikan 379 kes sementara 2,233 pesakit pulih menjadikan jumlah sembuh 41,236. Sebanyak 65 peratus kes baharu melibatkan bukan warganegara Saudi. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 794, diikuti Makkah 466, Jeddah 444 dan Madinah 273.

Read More

Brunei kekal 141 kes

KES positif Covid-19 di INDONESIA meningkat kepada 21,745 kes dengan jumlah kematian seramai 1,351 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 24 jam lalu, tambahan sebanyak 949 kes positif baharu direkodkan dengan 25 kematian akibat virus itu. Ketika ini seramai 11,495 pesakit masih dalam pemantauan. Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 501 kes, diikuti Jawa Timur (271 kes), Jawa Barat (127) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. Tiga kes baharu direkodkan di THAILAND dan tiada kematian dalam 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes 3,040…

Read More

Eratkan rantaian silaturahim putuskan rantaian Covid-19

SYUKUR Alhamdulillah, kita dapat mengharungi Ramadan 1441 @ 2020 dalam suasana yang berbeza, norma baharu, lain daripada yang lain. Walaupun di luar kebiasaan – tidak dapat solat di masjid @ surau, tidak dapat iftar, iktikaf dan qiamullail di masjid tetapi tanggungjawab menunaikan salah satu Rukun Islam itu tetap terlaksana sehingga penghujungnya. Sepanjang Ramadan kebanyakan rumah berubah suasananya. Seperti ungkapan rumah ku syurga ku. Kali ini, ketua keluarga yang selalunya menjadi makmum di masjid bertukar menjadi imam.  Jika selama ini jarang membaca surah atau ayat al-Quran di dalam solat kerana sering…

Read More

48 kes baharu, sifar kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 48 kes baharu dikesan setakat 12;tengah hari ini menjadikan kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 7,185 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,158 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 48 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 44 kes penularan tempatan, 25 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 21 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih. Katanya, sehingga kini, terdapat sembilan kes positif yang sedang dirawat di Unit…

Read More

Aidilfitri secara bersyarat

“SETIAP tahun saya menyambut hari raya di hospital pada hari raya pertama. Selepas solat Aidilfitri, saya akan pergi ke hospital untuk bersama frontliners kita yang bekerja pada hari raya iaitu raya pertama dan kedua. Tahun ini tiada bezanya,”  Begitu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Bagi kumpulan yang digelar frontliners, bekerja pada hari perayaan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Hanya kita di luar barisan hadapan akan terasa ‘luar biasa’ pada hari raya tahun ini. Jika kali ini kita tidak boleh balik kampung, ada dalam kalangan ‘barisan hadapan’ entah…

Read More

Kuarantin wang di Saudi

RIYADH: Bukan sahaja manusia tetapi wang juga dikuarantin. Itu langkah yang  dilakukan Arab Saudi untuk kuarantin wang syiling dan kertas yang diterima di negara itu sama ada daripada rakyat tempatan atau dari luar negara. Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), seperti dilaporkan media tempatan, langkah itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga dalam membendung penularan wabak Covid-19. Setakat ini SAMA telah mensterilkan mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu. “Kami turut mengasingkannya selama 14 hari dan sehingga 20 hari, bergantung kepada dari mana wang tersebut datang,” kata SAMA dalam satu video…

Read More

Sambut Aidilfitri Ahad

UMAT Islam di Arab Saudi turut menggenapkan puasa Ramadan selama 30 hari apabila negara itu akan menyambut 1 Syawal pada hari Ahad ini, 24 Mei 2020. Menurut laporan media Al Arabiya jawatankuasa melihat anak bulan di Tumair mengumumkan bahawa anak bulan tidak kelihatan pada Jumaat lalu. Malaysia, Singapura dan Indonesia turut menyambut Aidilfitri Ahad ini. Di KUALA LUMPUR, perisytiharan Hari Raya Aidilfitri  diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia…

Read More