48 kes baharu, sifar kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 48 kes baharu dikesan setakat 12;tengah hari ini menjadikan kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 7,185 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,158 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 48 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Daripada 44 kes penularan tempatan, 25 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 21 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih.

Katanya, sehingga kini, terdapat sembilan kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu terdapat 53 kes pulih dan discaj , menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 5,912 kes atau 82.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di di negara ini kekal sebanyak 115 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

Related posts

Leave a Comment