2,442 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,442 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan  70,161. Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan kes harian berbanding dua hari lalu iaitu Khamis 2,532 dan semalam Jumaat 2,642 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, 15 kematian dilaporkan menjadikan 379 kes sementara 2,233 pesakit pulih menjadikan jumlah sembuh 41,236.

Sebanyak 65 peratus kes baharu melibatkan bukan warganegara Saudi.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 794, diikuti Makkah 466, Jeddah 444 dan Madinah 273.

lg.php.gif

Related posts

Leave a Comment